Pembeli Note 7 saman Samsung

Dalam tindakan undang-undang pengguna berkumpulan pertama itu, pemilik Note 7 cuba mendapatkan ganti rugi dan perintah mahkamah supaya pengeluar telefon pintar itu membaiki, menarik balik dan/atau menggantikan peranti terbabit, selain melanjutkan tempoh jaminan.

Samsung memberitahu pelanggannya bahawa mereka perlu menunggu daripada ‘beberapa hari hingga ke beberapa minggu’ bagi mendapatkan peranti gantian.

Sementara itu, tuntutan turut merangkumi caj bulanan yang dikenakan ke atas telefon yang tidak boleh digunakan itu, demikian menurut rungutan yang difailkan pada 16 Oktober terhadap Samsung Electronics North America Inc.

“Mereka dinasihat supaya tidak menggunakan telefon itu dan mereka tidak menggunakannya, tetapi kesemuanya terikat dengan pelan data dan suara,” kata Richard McCune, peguam bagi pihak plaintif, dalam satu temu bual.

“Tindakan ini bertujuan mendapatkan kembali kos yang dikenakan ke atas pelan suara dan data sewaktu mana peranti itu tidak dapat digunakan.” Rujukan kes itu ialah Waudby v. Samsung, 16-cv-07334, Mahkamah Daerah AS, New Jersey (Newark). – Bloomberg

Related posts

Masalah bateri punca Galaxy Note 7 terbakar – Samsung

Tisu tandas untuk telefon pintar di Jepun

Malindo Air larang Galaxy Note 7