Jika ditanya, beliau akan menjawab ia adalah alat pendengaran lagu dan muzik untuk menenangkan fikirannya.
Namun, kini tercetus keraguan mungkin bekas KM itu menyimpan segala rahsia penting berkaitan kerajaan negeri itu.
Sebelum dimasukkan untuk rawatan di Hospital Appollo, Jayalalithaa didakwa mengambil beberapa tindakan secara sulit tanpa pengetahuan orang lain dan terdekat.
Ekoran itu, maklumat mengenai harta beliau dan warisnya dan siapa berhak menguruskan hartanah parti ADMK, dikatakan disimpan secara rahsia dalam alat elektronik yang dikatakan sebagai alat muzik.
Ia termasuklah beberapa dokumen penting yang disimpan oleh orang dikenali mendiang.
Jayalalithaa dikatakan telah menyerahkan alat elektronik itu kepada pembantu rumahnya tanpa pengetahuan orang ramai dan keluarga terdekatnya.
Difahamkan Jayalalithaa selepas sedar diri di Hospital, mempersoalkan mengenai alat penting itu yang disimpan oleh pembantu rumahnya dan ketika itulah mendapati pembantu rumah itu telah menghilangkan diri dari kediaman Boyes Garden milik Jayalalithaa.
Kini para ahli parti politik dan keluarga Jayalalithaa mula melancarkan pencarian pembantu rumah itu yang menghilangkan diri.
Namun, pihak berkuasa polis juga terkejut dan tidak dapat mempercayai insiden itu yang berlaku seperti kisah filem.
Bagaimanapun penyokong sahabat mendiang iaitu Sasikala pula menafikan segala tohmahan itu dan berkata ianya hanyalah satu drama politik. – Malaysia Nanban