Pembangkang Sarawak tolak pembangkang Semenanjung

Kata Dr. Elli, pemimpin-pemimpin dan parti sering berjanji untuk memperjuangkan isu tersebut tetapi hakikatnya ia hanya permainan politik untuk mendapatkan undi daripada penduduk Sarawak.

Jelasnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menghubunginya dan menyokong untuk mendapatkan kuasa autonomi Sarawak tetapi apa yang berlaku sekarang pemimpin dari Sarawak sendiri tidak dipilih oleh ahli PKR.

“Salah satu perkara yang disuarakan rakyat Sarawak adalah autonomi. Dan sebagai parti tempatan, kami boleh beri tekanan yang lebih baik untuk itu.

“Saya tidak percaya kepada parti dari Semenanjung seperti DAP dan PKR yang berkata mahu memperjuangkan autonomi.

“Malah saya sudah beri amaran kepada Jeffrey Kitingan (ketika beliau mahu menyertai PKR). Lihatlah di mana dia sekarang? Malah Baru Bian dilantik (oleh pemimpin dari Semenanjung), bukannya diundi (sebagai Pengerusi PKR Sarawak),” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Batu Kawa ketika memperkenalkan calon PBDS Baru bagi kerusi Opar, Patrick Anek Uren.

Sementara itu, Presiden PBDS Baru, Louis Jarau berpendapat, parti-parti pembangkang dari Semenanjung tidak seharusnya menyertai Pilihanraya Negeri Sarawak.

“Biarkan sahaja (PRN) ini, jangan masuk campur. Orang Sarawak boleh buat dengan lebih baik,” katanya lagi.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai