Menurut Mahathir, fokus utama mereka sekarnag adalah untuk menyatukan parti-parti pembangkang dan juga pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) untuk berhadapan pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya, penyatuan itu jauh lebih penting buat masa sekarang berbanding mencari calon perdana menteri.
“Belum masanya. Tumpuan kita sekarang ini menyatukan semua parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.
“Kita perlu tawan Putrajaya dahulu dan selepas itu kita boleh namakan sesiapa sahaja yang layak untuk jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media, pada Sabtu.
Tambahnya, calon perdana menteri mestilah datang daripada parti yang memenangi kerusi terbanyak pada PRU14.