Pembangkang akan tawan Kedah

Ia boleh dilihat, apabila bekas Menteri Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula berjumpa penyokongnya, begitu juga dengan DAP.

Begitu juga apabila pemimpin-pemimpin India dalam parti pembangkang mula bergiat dalam usaha berjumpa dengan penyokong dengan mengadakan pelbagai jamuan.

Dalam pada itu di Selambau, Ketua MIC negeri Kedah iaitu Jaspal Singh sering berjumpa dengan penduduk di sana dan berjanji menyempurnakan permintaan mereka.

Pemimpin India di DAP juga membuat permintaan kepada parti itu supaya lebih banyak kerusi perlu diberi kepada pemimpin India untuk bertanding di PRU14.

Di Gurun, seorang wakil India dijangka akan bertanding.

Parti pembangkang juga mengkritik cara Barisan Nasional yang memberikan bungkusan hamper dan memberi jamuan kepada kaum India sebagai cara untuk mendapat undi. – Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal