Pembangkang akan menang 29 kerusi di Johor – Muhyiddin

Katanya, pembangkang telah mengejutkan Barisan Nasional dengan menang 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada PRU13 lalu.

“Ia merupakan bukti jelas, pembangkang boleh menang lebih 10 kerusi kali ini.

“Jika ia berlaku, Johor tidak lagi boleh digelar kubu kuat Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu perjumpaan bersama rakyat di Kulai semalam.

Beliau turut mendedahkan kekeliruan dan masalah dalaman yang timbul dalam Kepimpinan Felda.

Katanya situasi itu menyebabkan satu keadaan terdesak untuk para peneroka Felda kali ini.

“Adalah menghairankan kenyataan pengerusi baharu Felda bahawa beliau mahu mengembalikan kegemilangan Felda lama dibawah pengurusannya.

“Ketika Felda dimulakan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak enam generasi lalu, banyak harapan diletakkan ke atas Felda.

“Situasi semasa Felda juga harus diperjelaskan kepada peneroka dan rakyat secara umum,” ujarnya.

Katanya ia termasuklah penyimpanan saham milik syarikat perladangan PD Eagle High Plantation, di Indonesia. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal