Menurut satu muat naik status di Facebook melalui akaun milik Tengku Amran, menyatakan pemandu tersebut dikatakan tidak mahu membawa gadis tersebut kerana beliau memakai hijab.
“Ini sah cina Singapore jenis komunis! Qyshia Santoz sedang menunggu teksi Uber nya untuk datang mengambil beliau di Orchard Cineleisure.
“Teksi itu datang, namun berlalu pergi, hanya kerana apa yang dipakai olehnya,” katanya di akaun Facebook miliknya.
Muat naik ini disertakan mesej perbualan di antara gadis tersebut dengan pemandu itu.
Selepas tamat perbualan di antara mereka, gadis tersebut menerima satu mesej daripada uber yang memberitahu bahawa permintaannya mengguna perkhidmatan pemandu tersebut telak ditolak.