Pemandu maut, lori terjunam dalam gaung di Lebuh Raya Elite

Dalam laporan kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, Zakaria Teoh Abdullah, 57, tersepit di tempat duduknya dan cedera parah.

“Kita terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat lori tangki berkenaan sebelum kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Ahmad Ridwan Yahya ketika dihubungi.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Beliau berkata lori berkenaan yang datang dari Johor dipercayai terbabas dan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia