Dalam kejadian itu, lori kontena dipercayai terbabas sebelum terbakar selepas melanggar sebuah van.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.08 pagi.
Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi.
“Laporan awal dapati pemandu kontena melecur hampir 10 peratus dan berusia dalam 30-an.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah menggunakan ambulans,” katanya.
Sementara itu, Mohd Sani berkata, pemandu van dan penumpang masing-masing berusia 49 dan 38 tahun hanya alami cedera ringan.
“Difahamkan, mereka juga dihantar ke hospital,” katanya. – Sinar Harian