VIDEO: Pemancing teruja jumpa ikan paus di perairan Miri

Kejadian berlaku kira-kira jam tiga petang semalam ketika mereka memancing di kawasan perairan Laut Suai, Miri Sarawak.

Bagaimanapun, ikan terbabit tidak mengganggu pemancing, sebaliknya mengelilingi bot mereka, selepas mengikuti ikan haruan tasik yang berjaya dipancing sebelum itu.

Kejadian itu berjaya dirakamkan oleh kumpulan pemancing ini dan salah seorang daripada mereka sempat memegang kepalanya.

Ikan yang dikenali sebagai ‘whale shark’ atau nama saintifiknya Rhincodon typus adalah sejenis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mengamalkan diet pemakanan bertapis.

Ia adalah spesies ikan yang besar dan gergasi hingga mencapai 12.6 meter.

Ikan yu paus mudah dijumpai di kawasan lautan beriklim tropika yang purata suhu airnya sekitar 25 C hingga 30 C.

Purata umur hidupnya dalam keadaan ini boleh mencecah sehingga 70 tahun. Spesies ikan gergasi ini dianggarkan menetap di bumi sejak 60 juta tahun yang lalu.

Makanan utamanya ialah plankton, haiwan dan tumbuhan seni bersaiz mikroskop, selain kumpulan ikan kecil. -BH Online

https://www.youtube.com/watch?v=OrTjTLREvio

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah