Pelatih pusat pemulihan dibunuh berebut lauk ayam

Mangsa, Mohamad Shukri Kassim, 17, dari Langkawi dekat sini disedari sudah meninggal dunia oleh warden selepas remaja terbabit tidak bangun untuk solat Subuh berjemaah pada keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai satu kematian di pusat pemulihan tersebut pada pukul 5.30 pagi kelmarin dan mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

“Pada awalnya kita ingat ia kematian mengejut namun setelah mayat dibedah siasat pada petang semalam (kelmarin) terdapat unsur-unsur kecederaan akibat daripada hentaman atau tumbukan oleh sesuatu objek.

“Hasil siasatan lanjut, kita bertindak menahan 10 penghuni lama berusia antara 14 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan kes kematian mangsa pada malam tadi (semalam),” katanya, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap