Pelarian Syria saman Facebook

Anas Modamani, 19, pelarian dari Damsyik, dirakam ketika mengambil gambar bersama Merkel pada September 2015 semasa lawatan Canselor Jerman itu ke lokasi perlindungan pelarian di Daerah Spandau, Berlin.

Penyebaran gambar itu adalah susulan reaksi Jerman terhadap krisis pelarian dan ketika Merkel memutuskan untuk membuka pintu sempadan negaranya kepada kepada beratus-ribu pencari suaka.

Namun, beberapa bulan kemudian, gambar Modamani dikongsikan di Facebook oleh pemilik akaun tidak dikenali, berserta komen yang mendakwanya bertanggungjawab terhadap serangan dan pembunuhan membabitkan militan, termasuk pengeboman di Lapangan Terbang Brussels pada Mac 2016.

Menurut peguam Modamani, Facebook beberapa kali menolak permohonan pihaknya yang menggesa mereka memadamkan komen itu atas dakwaan ia tidak menyalahi peraturan syarikat.

“Setiap kali sesuatu berlaku dan ia membabitkan laporan berita berkaitan dengan pelarian, gambar itu muncul semula,” kata peguam Modamani, Chan-jo Jun, kepada Reuters menerusi telefon.

Sementara itu, jurucakap Facebook memberitahu akhbar Guardian Britain, mereka menerima permohonan supaya memadamkan kandungan bahan yang didakwa melanggar hak peribadi Modamani sejak Jun tahun lalu.

“Capaian terhadap kandungan yang dilaporkan kepada kami sudah dibatalkan, maka tidak timbul alasan untuk beliau (Modamani) untuk mendapatkan perintah injuksi,” kata jurucakap itu. – Reuters

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia