Pelaksanaan hukuman gantung secara rahsia perlu dihentikan di Malaysia

Pengarah Urusannya, K. Shamin Dharshini berkata demikian sebagai mengulas pelaksanaan hukuman gantung terhadap tertuduh Ahmad Naji Aris semalam yang disabit kesalahan merogol dan membunuh seorang wanita, Kenny Ong 13 tahun lalu.

Hukuman mati dikatakan bukan penyelesaian mutlak untuk kesalahan jenayah berat.

Tidak adil menggantung seseorang disebabkan jenayah bunuh sebaliknya ia umpama perbuatan membalas dendam.

“Persatuan kami menentang pelaksanaan hukuman mati untuk kesalahan jenayah.

“Selain itu berita pelaksanaan hukuman gantung atau mati terhadap seseorang itu hanya diberikan oleh kerajaan kepada keluarga banduan 24 hingga 72 jam sebelum hukuman dilaksanakan.

“Ini satu perbuatan disengajakan kerajaan untuk menutup pelaksanaan hukuman daripada diketahui orang awam,” dakwanya lagi.

Hukuman gantung terhadap Ahmad Najib adalah keempat bagi tahun ini selepas tiga banduan di penjara Taiping dihukum gantung antara pukul 4.30 hingga 5.30 pagi pada 25 Mac lalu.

Beliau mendakwa peguambela tahanan itu juga tidak dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman itu. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal