Pelajar tahfiz upah junior usia 8 tahun, RM3 buat seks oral

Mangsa yang berusia lapan tahun tersebut dua kali diperlakukan sedemikian pada jam 5.30 petang pada 10 dan 11 Oktober lalu.

Junior terbabit diajak pelajar senior tersebut melakukan perbuatan jijik berkenaan di dalam bilik stor di bangunan sekolah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, dalam kejadian pertama, mangsa hanya diajak melakukan seks oral tanpa sebarang upah.

“Keesokan harinya mangsa sekali lagi diajak untuk melakukan perbuatan sama dan ditawarkan dengan wang ringgit.

“Ketika itu mangsa yang baru selesai makan di kantin dihulurkan RM3 oleh suspek sebelum mengikut junior berkenaan bersama-sama masuk ke sebuah stor,” katanya, memetik Sinar Harian.

Beliau berkata, kejadian bagaimanapun terbongkar selepas 11 hari kemudian susulan mangsa yang kebetulan mengalami demam diziarahi ahli keluarganya di sekolah itu.

“Seorang kawan mangsa yang mengetahui tentang kejadian itu menceritakan kepada ibu bapa mangsa. Ibu bapa mangsa yang terkejut mendesak mangsa menceritakan kejadian dan mangsa pada mulanya memberitahu dia diliwat.

“Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dan pemeriksaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia mendapati tidak ada koyakan atau liwat seperti yang didakwa,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap