Pelajar maut dipercayai akibat kencing tikus

Muhamad Fikri Farizaq Mukhtar, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Bachok, meninggal dunia pukul 10 pagi ketika sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Bapa mangsa, Mukhtar Awang, 58, berkata anaknya yang disahkan positif dijangkiti kencing tikus oleh pihak hospital, bersama tiga rakan ke jeram berkenaan pada 27 Ogos lalu.

Menurut ibu mangsa, Siti Rakiah Abu Hanifah, 46, mangsa sebelum ini didapati demam selama empat hari sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Katanya, anak bongsu daripada enam beradik itu pada mulanya disyaki demam denggi namun keadaan berlarutan hingga mengigil, kurang selera makan dan muntah darah.

“Keadaannya semakin kritikal sejak semalam dan meninggal dunia jam 10 pagi Selasa,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau dan suami, Mukhtar Awang, 58 dan keluarga hanya mengetahui mangsa mandi di jeram itu selepas diberitahu mangsa ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerus, jam 5 petang Selasa.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia