Pelajar Malaysia di Paris hilang sejak Jumaat

Norsakinah Naim, 19, dari Tikam Batu, di Sungai Petani, disedari hilang selepas rakannya menemui telefon bimbit pelajar itu berdering di bilik sewa rumah mereka.

Laporan kepada Kedutaan Malaysia di Paris hanya dibuat dua hari kemudian selepas Norsakinah benar-benar gagal dikesan.

Bapanya, Naim Awang, 46, ketika ditemui mengakui terkejut menerima berita kehilangan Norsakinah yang dimaklumkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Paris, semalam.

“Saya terima panggilan kira-kira jam 8 pagi dan amat terkejut apabila dimaklumkan anak saya tidak dapat dikesan sejak Jumaat.

Kami sekeluarga cukup bimbang dan isteri saya, Nur Haluzah Ahmad, 43, turut tertanya-tanya kerana Norsakinah langsung tidak menghubungi kami sejak tiga hari lalu.

“Kami di Malaysia hanya mampu berdoa dan berharap Norsakinah ditemui segera dan selamat,” katanya.

Norsakinah yang mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikuti pengajian Kejuruteraan Kimia di IUT Roanne sejak setahun lalu.

Beliau adalah lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekula di Tikam Batu, di sini yang memperoleh 10A1 pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. – BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia