Pelajar dipenjara 2 tahun miliki bendera IS

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan Mohd Zaidi Hashim menjalani hukuman berkenaan berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac 2016.

Tertuduh, 36, yang tidak diwakili peguam didakwa memiliki item (bendera) yang berkait dengan perlakuan pengganas di rumah No 6-11A Blok D Pangsapuri Permai, Jalan Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 1.10 petang 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh juga dilucutkan mana-mana item itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap