Pekerja kilang didakwa sokong pengganas melalui Telegram

Jonius Ondie @ Jahali, 24, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah, namun tiada pengakuan direkodkan.

Dia didakwa memberi sokongan menerusi aplikasi Telegram kepada perbuatan pengganas membabitkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk melanjutkan satu perjuangan ideologi dan mengugut orang awam di Malaysia.

Perbuatan itu dilakukan pada 25 Mac hingga 1 Julai lalu di Bandar Armada Putra, Pulai Indah, Klang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130(J)(1)(b) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas harta yang digunakan untuk tujuan kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali memohon mahkamah memindahkan perbicaraan kes ke Mahkamah Tinggi Klang.

Mariam kemudian menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes. –Berita Harian OnlineÂ

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia