Pekan Rantau Panjang lumpuh

Malah, laluan ke lokasi berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

Air dilaporkan naik secara mendadak berikutan Sungai Golok yang kini mencatat bacaan 10.19 meter (m), melepasi paras bahaya 9.0 m.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Mohd Adni Ibrahim, berkata hingga jam 9 pagi Isnin, seramai 159 penduduk daripada 63 keluarga ditempatkan ke enam pusat pemindahan.

“Bilangan mangsa dipindahkan dijangka meningkat berikutan kenaikan paras sungai, selain hujan lebat berterusan.

“Kita sentiasa memantau keadaan dan berusaha memindahkan mangsa yang terdedah kepada banjir.

“Setakat ini, pekan Rantau Panjang tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.

Penduduk, Rosli Nawi, 34, terpaksa menghubungi bomba untuk memindahkan bapanya, Nawi Yusof, 65 yang menghidap angin ahmar.

“Saya dan keluarga menyedari air mulai naik jam 12.30 malam tadi, namun tidak berpindah kerana menyangkakan air kembali surut.

“Kami terkejut mendapati paras air di halaman rumah mencecah dua meter kira-kira jam 7 pagi tadi dan segera menghubungi bomba untuk ke pusat pemindahan,” katanya, memetik BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia