Peguam serah dua bukti baru kes Taman Manggis, banglo Guan Eng

Peguam Datuk Abu Backer Sidek, yang ditemui media sebelum menyerahkan bukti forensik itu, turut meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali menyegerakan pendakwaan terhadap Lim.

Sebelum ini, beliau turut menyerahkan beberapa bukti forensik berkenaan kes itu kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isu Lim membeli banglo berharga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya pada persidanganDewan Rakyat, yang mendakwa harga itu berada di bawah nilai pasaran.

Tanah di Taman Manggis, yang sebelum ini diperuntukkan untuk pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT), pula dijual kepada pemaju dan dirancang untuk pembinaan hospital swasta dan hotel. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia