Pegawai polis cedera dipercayai dirempuh pengedar dadah

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pegawai berkenaan Insp M Devandaran, 31, cedera di bahu dan tangan kiri akibat rempuhan tersebut.

“Beliau bagaimanapun hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Bachok,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Bachok hari ini.

Abdul Hamid berkata ketika kejadian Devandaran mengetuai sepasukan anggota polis membuat serbuan di kawasan tali air di kampung berkenaan selepas menerima maklumat orang ramai.

“Ketika membuat pemeriksaan secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki seorang pengedar dadah cuba meloloskan diri dan terus merempuh Devandaran walaupun telah disuruh berhenti.

“Bagaimanapun kita berjaya menahan suspek yang berumur 35 tahun dan menemui tiga botol kecil berisi serbuk putih disyaki heroin dan satu paket plastik cerah berisi 10 pil berwarna merah jambu disyaki methamphetamine bernilai RM5,500 di dalam raga dan di bawah tempat duduk motosikal itu,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat dibawah Akta 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia