Pegawai Kastam maut kereta dirempuh tonto

Anisah Ali,54, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pada jam 11 malam Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kemalangan berlaku di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, pada jam 1.25 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, ketika itu, mangsa bersama dua lagi anggota lelaki menaiki kereta dan mengejar kenderaan pacuan empat roda dipercayai penyeludup.

“Kereta mangsa bagaimanapun dirempuh dari belakang oleh satu lagi kenderaan pacuan empat roda lain dipercayai tonto.

“Tonto berkenaan terus menghimpit kereta mangsa hingga terbabas dan terlanggar pokok,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu pada Ahad.

Ab Rahman berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap