Pegawai kanan TNB direman kes rasuah

Memetik laporan Kosmo Online, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri terhadap suspek yang berusia 47 tahun itu di Mahkamah Kota Bharu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Suspek ditahan di pejabat SPRM di Jalan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu pada pukul 2.30 petang menerusi operasi serentak dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia termasuk di Melaka dan Kuala Lumpur.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia