Pegang dua kerakyatan, Jokowi gugurkan menteri

Archandra dikatakan memegang dua pasport, dari Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Pengguguran itu dimaklumkan Menteri Sekretariat Negara, Prof Dr Pratikno pada sidang media, pada Isnin.

“Sebagai menjawab soalan-soalan orang ramai berhubung kerakyatan Archandra Tahar dan setelah menimbangkan maklumat yang diterima dari pelbagai sumber, Presiden memutuskan dengan secara terhormat melepaskan jawatan Archadra Tahar sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral,” katanya.

Menteri Penyelaras Ehwal Maritim, Luhut Pandjaitan akan memangku jawatan berkenaan buat sementara waktu sehingga seorang menteri baru dilantik.

Media Indonesia, Antara sebelum ini melaporkan Archandra berkata beliau sudah melepaskan kerakyatan AS dan hanya memegang pasport Indonesia yang sah digunakan sehingga 2017. – Sinar Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia