PDRM tubuh pasukan khas siasat Malaysiakini

Ketua Polis Tan Sri Negara Khalid Abu Bakar berkata, pasukan khas itu akan diketuai oleh seorang timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Khalid berkata pasukan polis dengan lima anggota itu akan mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan di bawah undang-undang mana perkara itu disiasat.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran dan Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan sebelum ini menafikan dakwaan dana yang diperuntukkan itu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Memetik laporan portal berkenaan, Premesh dan Gan berkata Malaysiakini adalah sebuah organisasi berita yang bertujuan untuk memastikan mereka yang memegang jawatan bertanggungjawab kepada rakyat.

Penjelasan terperinci berhubung perkara itu telah disediakan, manakala OSF juga menafikan bahawa ia didorong oleh agenda untuk menjatuhkan kerajaan.

Premesh juga telah menjelaskan bahawa geran berkenaan berkaitan KiniTV telah digunakan untuk menghasilkan program program Realiti Sarawak dan Sekilas Bumi Kenyalang.

“Pemberian geran berkenaan adalah untuk menyokong KiniTV menghasilkan lebih banyak buletin dan berita di Sarawak, yang sukar dilakukan oleh Malaysiakini, memandangkan kos yang tinggi dan kesukaran ke negeri itu,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap