Keputusan itu dicapai oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya setelah Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Sinti memaklumkan bahawa mereka ingin membatalkan rayuan tersebut.
Pada 26 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Sanjeevan dilepas dan dibebaskan dari pusat tahanan reman.
Mahkamah membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan Sanjeevan untuk mencabar perintah tahanan reman 21 hari itu ke atasnya terhadapnya mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (POCA).
Sehari selepas itu iaitu 27 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pegawai Penyiasat, Asisten Superitendan E K. Poonam memfailkan rayuan terhadap pembebasan Sanjeevan.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Sanjeevan selama 21 hari dari 11 Julai hingga 31 Julai, memetik laporan Kosmo Online.