PDRM siasat dakwaan jual bayi Al Jazeera

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berikutan paparan video itu dibuat bagi membolehkan tindakan susulan dan langkah sewajarnya diambil.

Jelas beliau, pihaknya tidak menafikan aktiviti berkenaan wujud, namun tidaklah semudah yang digembar gemburkan dalam video berdurasi lebih seminit itu memandangkan polis memantau aktiviti-aktiviti sedemikian.

“Usaha ini dipergiatkan lagi dengan penubuhan Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Mig­ran (D7C) pada tahun 2008 dan Bahagian Siasatan Seksual Wanita, Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),” katanya dalam satu kenyataan malam Sabtu.

Khalid juga memberitahu, PDRM sentiasa mengambil tindakan tegas selain bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan aktiviti pemerdagangan serta eksploitasi kanak-kanak diberikan keutamaan.

Justeru beliau menggesa masyarakat supaya mengambil anak angkat dengan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan tidak wujud ruang untuk eksploitasi kanak-kanak berlaku, memetik Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap