PDRM berjaya tumpaskan lagi sindiket dadah

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket dadah yang beroperasi di Ampang.

Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) telah melakukan serbuan makmal yang beroperasi di kawasan berkenaan dengan hasil tangkapan seramai 12 orang.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 15 kilogram syabu dirampas beserta sepucuk pistol.

“Sayabas STING @PDRM bongkar makmal dadah di Ampang. Tangkap 12 orang (enam orang India) rampas 15 kilogram syabu dan satu pistol Glock #GoPDRMGo,” kata Khalid melalui laman Twitter rasminya hari ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia