PDRM ada strategi tangani demonstrasi Bersih 5

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata notis yang diberi penganjur setakat ini masih belum memenuhi syarat-syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Saya beri amaran kepada penganjur supaya membatalkan perhimpunan tersebut atau pihak polis akan mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Negara (KPN) ke-15 di Dewan Kem Briged Utara PGA, Ulu Kinta, di Ipoh, Perak, hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka demi keselamatan masing-masing.

Katanya, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh akan menghebahkan laluan yang akan ditutup atau dilencongkan semasa perhimpunan itu.

Pada kejohanan tersebut, kontinjen Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur merangkul Piala KPN selepas muncul juara keseluruhan dengan memenangi lapan emas, dua perak dan tiga pingat gangsa.

Kontinjen Selangor muncul naib juara dengan empat emas, tujuh perak dan 10 pingat gangsa manakala tenmpat ketiga disandang oleh Sabah dengan kutipan empat emas, lima perak dan dua pingat gangsa.

Kejohanan tahunan itu disertai oleh 21 kontinjen dari seluruh negara.– Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia