PBDS tanding kurang dari 10 kerusi

Bagaimanapun kata Louis, senarai penuh calon PBDS Baru hanya akan diketahui sebelum penamaan calon pada 25 April depan.

“Kami mungkin akan tunggu sehingga hari penamaan calon sebelum senarai penuh nama-nama calon diumumkan secara rasmi.

“Oleh itu, kami mengumumkan secara rasmi calon pertama kami, Patrick Anek Uren di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar,” kata Louis dalam sidang media di Batu Kawa di sini.

Menurut Louis, PBDS Baru sudah mempunyai senarai calon-calon yang berkelayakaan dan sedang membuat tapisan latar belakang calon-calon tersebut yang memenuhi kehendak parti.

Sementara itu, Patrick ketika mengulas pencalonannya itu berkata, PBDS akan memberi tumpuan di kawasan-kawasan luar bandar serta kerusi majoriti kaum Dayak untuk menjalankan proses semak dan imbang untuk kerajaan negeri.

“Kami ingin buktikan bahawa parti tempatan Sarawak cukup layak untuk mentadbir negeri sendiri. Kami tidak perlukan parti dari Semenanjung Malaysia untuk perjuangkan autonomi kami,” kata Patrick.

Patrick merupakan Timbalan Presiden PBDS Baru dan juga pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal bersama Parti Nasional Sarawak (SNAP) pada 1970an.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai