Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, PBBM bukanlah satu ancaman baru kepada UMNo dan ini juga bukanlah situasi pertama kali buat parti Melayu itu.
“Kami sudah melalui pelbagai episod pengalaman yang lebih hebat daripada itu dan terbukti UMNO mampu mengatasinya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Kepala Batas di Lahar Kepar di Kepala Batas pada Selasa.
Mengulas lanjut Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas mengimbas kembali apa yang dilalui UMNO pada 1988 yang ketika itu menyaksikan hampir dua pertiga ketua bahagian dan 20 peratus ketua-ketua Pemuda dan Wanita keluar parti pada tahun 1998 sewaktu krisis perlucutan jawatan bekas Timbalan Presidean UMNO Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, pada ketika itu mereka menentang bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamed selepas UMNO diharamkan ialah antaranya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, dan satu pertiga daripada menteri Kabinet beliau dengan merujuk kepada Dr Mahathir.
“Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj), Perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn (juga pernah ditentang), tetapi kami dapat menghadapinya bukan sebab Tun Dr Mahathir, tetapi sebab UMNO. Itu pun UMNO masih mengekalkan kepimpinan pada masa itu,” katanya.
Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata biarpun kini cabaran terhadap parti itu datang daripada orang yang pernah menjadi ‘nombor satu’ dalam UMNO, ia tidak bererti UMNO tidak boleh menempuhi halangan dan cabaran.