PAU 2016: Wan Khair-il dianugerah wira bangsa

Sumbangan Wan Mohammad Khair-il yang lahir dari pergerakan sayap tersebut wajar dijadikan teladan kepada semua pemimpin muda apabila meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Anugerah yang julung kali diadakan itu disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada isteri Wan Mohammad Khair-il, Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Wan Mohammad Khair-il merupakan antara enam yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau ketika menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada Mei lalu.

Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dalam PRU-13 dengan majoriti 1,082 undi mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon bebas, Kamilia Ibrahim.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri