VIDEO: PAU 2016: Suasana tenang, tiada lagi badut kata pemimpin akar umbi

Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, suasana Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini lebih lebih tenang tanpa kehadiran ‘badut’ yang menjadi perosak setiap kali perhimpunan berlangsung.

Pemimpin akar umbi Umno, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata, perjalanan perhimpunan kali ini dilihat lebih lancar tanpa kehadiran bekas pemimpin-pemimpin utama parti yang telah meninggalkan parti.

Merujuk kepada beberapa pimpinan utama sebelum ini seperti badut, beliau berkata ketiadaan tersebut lebih meyakinkan akar umbi Umno untuk memberi fokus kepada Pilihan Raya Umum yang kan datang.

“Hari ini saya melihat satu paradigma, politik 360 darjah. Ia politik tanpa olok-olok, tiada lagi badut dalam kumpulan kami.

“Amanat Presiden, Datuk Seri Najib semalam jelas, jika mahu menang, mestilah tiada gunting dalam lipatan,” katanya.

Abdul Mutalif yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan turut menzahirkan keyakinan bahawa Umno kini kembali teguh di bawah pentadbiran Presiden Datuk Seri Najib Razak.

“Kalau kita lihat bendera Malaysia juga, ia satu perkongsian. Melayu, Cina, India.Inilah warisan kita menjadi Malaysia.

“Hari ini kita lihat sangat baik. Tidak ada orang nak kacau (himpunan). Depan kata lain, belakang kata lain.”

Terdahulu, beberapa pimpinan tinggi Umno termasuk bekas Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib Razak sebagai Presiden.

Beberapa pimpinan akar umbi juga turut mengikut jejak veteran politik tersebut termasuk ketua-ketua cawangan di Negeri Sembilan dan Sabah.

https://www.youtube.com/watch?v=b1Olv06rxNw

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron