Shahrizat berkata, perasaannya bercampur baur apabila melihat pemimpin yang pernah disanjungnya itu bersekongkol dengan pembangkang.
“Paling saya sedih puan-puan apabila bekas pemimpin kita bersekongkol dengan pembangkang. Saya berasa pelbagai perasaan yang saya lalui daripada terkejut kepada kesedihan, kemarahan dan lain-lain.
“Hari yang saya lihat mereka ‘bercium mulut’ dengan Lim Kit Siang adalah hari yang paling gelap dalam hidup saya, saya malu.
“Selama 22 tahun jadi pemimpin kita sayang sanjung, naik turun beliau duka beliau menjadi duka kita,” katanya, merujuk kepada tempoh pemerintahan Dr Mahathir ketika menyampaikan ucapan dasar sempena persidangan sayap Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Shahrizat berkata, perkara itu amat mengejutkannya memandangkan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri begitu membenci Kit Siang sebagai musuh politiknya.
“Dia (Dr Mahathir) yang kata Kit Siang macam itu (ini tapi) hari ini apa yang berlaku. Kalau kita baca dalam media, itu agenda nak naikkan anak dia tapi jangan terima. Jangan jadikan agenda peribadi sebagai agenda politik,” katanya lagi.