PAU 2016: Saya sedia lawan Muhyiddin di Pagoh – Ismail Mohamed

Kata Ismail, selepas pemecatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan juga Ketua Bahagian Pagoh, beliau yakin masyarakat masih lagi berdiri teguh bersama parti terbesar Melayu itu.

“Saya tidak ada halangan. Kalau itu keperluan saya tanding atau sesiapa pun.

“Sebagai ketua di Pagoh, saya yg sepatutnya menempuh Muhyiddin. Saya penuh yakin.

“Tiada masalah masyarakat menyokong saya. Dengan jentera dan sokongan yg ada kita yakin boleh menang,” katanya ketika ditemui Smasa News di PWTC di sini.

Muhyiddin dipecat daripada selepas lantang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak secara terbuka susulan daripada isu 1MDB.

Muhyiddin kemudiannya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan UMNO.

Menurut Ismail, UMNO Bahagian Pagoh telah menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib dan yakin parti mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

“Kami tak tunggu PRU. Kami dah bergerak sejak pemecatan Muhyiddin.

“Kita dah buat kerja membantu rakyat. Kita yakin BN akan menang,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri