PAU 2016: LGE sudah jadi ‘broker tanah’ Pulau Pinang

Menurut beliau, tindakan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng yang menjual tanah milik kerajaan negeri sehingga menggadaikan nasib rakyat khususnya kaum Melayu negeri itu dilihat cukup ‘bijak’ sebagai ‘broker’.

Beliau berkata, ratusan ekar tanah yang dahulunya digazetkan di zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk pembinaan pelbagai tujuan yang memberi manfaat kepada rakyat, kini didakwa sudah dijual.

“Tanah milik kerajaan negeri pada 2008 dianggarkan sebanyak 18 peratus, kini hanya tinggal enam peratus. Dimanakah wang hasil jualan tanah itu? dimanakah tanah ganti? perubahan apa sedang berlaku ini?

“Malah, menurut laporan audit…penyumbang utama pendapatan kerajaan negeri ialah hasil daripada cukai tanah dan premium tanah, meningkat dari RM506 juta pada 2014 kepada RM587 juta pada 2015. Perbelanjaan kerajaan negeri pula meningkat dari RM270 juta pada 2008, kini RM832 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu, berkata kesan dari sikap rakus Guan Eng itu menyebabkan 49 keluarga yang membabitkan 300 Penduduk Kampung Mutiara di Batu Ferringhi dipaksa keluar dari rumah kerana tanah yang diduduki akan digunakan untuk pembangunan.

“Senario sekarang, bukan sahaja rumah yang pernah didiami mahal, rumah mampu milik yang akan dibina tidak mampu dimiliki, malah rumah kos rendah yang dibina adalah terhad berbanding rumah mewah.

“Sebab itulah rumah mampu milik di negeri Pulau Pinang dipangil sebagai rumah mampu tengok,” katanya sambil menambah derita rakyat negeri itu terus memuncak apabila beberap kilang yang menjadi tempet anak muda mencari rezeki, mengambil tindakan membuang pekerja.

“Dua syarikat pembuat ‘hard disk’ antarabangsa iaitu Western Digital dan Seagate ditutup, menyebabkan 3,000 operator hilang pekerjaan berikutan perpindahan kedua-dua syarikat itu ke Thailand. Kebanyakan yang menanggung derita adalah operator melayu.

“Syarikat gergasi, Intel technology turut mengumumkan pengurangan pekerjanya sebanyak 12,000 di seluruh dunia dan difahamkan pengumuman itu akan menyebabkan 1,000 pekerja di Kulim Kedah dan Pulau Pinang hilang pekerjaan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya UMNO negeri itu mengemukakan empat syor dalam memastikan nasib Bumiputera dibela dengan pelbagai peluang ekonomi diwujudkan.

Antara syornya kata beliau, setiap negeri mesti menubuhkan satu badan melatih dan mencari pekerjaan khas untuk Bumiputera, diikuti bantuan perniagaan menerusi penyediaan modal dan khidmat kaunseling diberi kepada golongan muda.

“Kami juga berharap kerajaan pimpinan UMNO melakukan sesuatu bagi mengawal kenaikan harga barang, dengan tiada lagi pengumuman kenaikan harga barang selepas ini.

“UMNO negeri juga mencadangkan supaya pemandu Uber tidak dibenarkan mengambil penumpang di kawasan airport bagi membela nasib pemandu limo airport yang merasakan pendapatan mereka tergugat dek akibat pemandu Uber,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri