PAU 2016: Kaji semula keahlian Myanmar dalam ASEAN, kata KJ

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata kekejaman dan kezaliman kerajaaan Myanmar terhadap etnik Rohingya tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal.

“Dan justeru itu, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan Myanmar untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan segala bentuk kekejaman ini dengan serta-merta.

“Kepada ASEAN, Pergerakan Pemuda UMNO juga mendesak agar keahlian Myanmar dalam ASEAN dikaji semula.

“Prinsip tidak campur tangan tidak boleh diguna pakai apabila berlakunya pemusnahan etnik besar-besaran dalam sebuah negara ahli ASEAN,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di PWTC di sini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran diadakan pada 4 Disember depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya.

Beliau berkata perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad Zahid menggesa pemimpin parti lain seperti PKR dan Amanah supaya menyertai perhimpunan itu yang lokasinya akan ditetapkan kelak.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri