PAU 2016: Bukan Islam tidak tertakluk bawah RUU355

Jelas Najib, usul persendirian tersebut akan diambil alih oleh kerajaan dan memastikan supaya tidak berlaku hukuman dualisme yang melibatkan bukan Islam.

“Saya pinta, janganlah sesiapa mempolitikkan isu ini kerana, ia adalah satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kepada yang bukan beragama Islam, usahlah bimbang, kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,” katanya.

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi akhirnya berjaya membentangkan cadangan pindaan RUU355 di Dewan Rakyat dan meminta untuk membuat huraian pada sesi Dewan Rakyat akan datang kerana masih ramai yang tidak faham dengan pindaan tersebut.

“Memandangkan pindaan ini memerlukan pemahaman yang jelas walaupun sudah ada secara bertulis yang sudah diedarkan kepada ahli Parlimen, namun masih ada lagi kekeliruan.

“Polemik dalam dewan ini melibatkan semua pihak walaupun RUU355 ini khusus untuk umat Islam sahaja, berkait bidang kuasa raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat maka saya mohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15/5,” katanya.

Permintaan itu disambut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan menjelaskan beliau membenarkan permintaan Abdul Hadi berkenaan.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.

Ia bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri