Jurucakap Markas Tentera Darat, berkata empat anggota pegawai PASKAL terbabit akan membantu terutama dalam melakukan selaman di sekitar pulau yang terletak paling hujung di barat Semenanjung Malaysia, di perairan Selat Melaka itu.
“Sehingga jam 5.40 petang tadi, operasi SAR masih diteruskan membabitkan kapal KD Ledang, KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan KD Selangor, dengan cuaca di sekitar Pulau Perak juga dilapor cerah,” katanya.
Dalam kejadian jam 4.40 petang semalam, Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Kampung Sungai Limau di Pulai, Baling, dekat Alor Setar dilapor hilang selepas terjatuh ke laut ketika sedang mengambil air.
Kedua-dua mereka dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Kem Oran, Perlis masing-masing ditugaskan di Pulau Perak sejak sebulan lalu.