Pasaraya lupus ‘cili kering tikus’

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata lima petugas KPDNKK telah pergi ke pasaraya itu untuk memastikan kesahihan viral tersebut.

“Pihak pengurusan pasar raya itu memaklumkan telah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

“Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka telah menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak yang besar seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian SkimKawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad di Kuala Nerus semalam.

Azlan berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia di bawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

“Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap melibatkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya,” katanya. – Bernama

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah