Oleh yang demikian, PAS bertegas untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan langsung tidak memandang AMANAH, dan dalam hati PAS hanya ada kerjasama dengan PPBM atau paling tidak sekali pun berpaut dengan UMNO.
Tetapi hari ini, PAS mungkin sudah menyedari bahawa tindakan itu telah membuatkan mereka semakin terasing. Jika sebelum ini PAS dengan lantang mengatakan hanya mahu bekerjasama dengan PPBM tetapi enggan bekerjasama dengan PH, namun hari ini parti itu sedar bahawa mereka sebenarnya tidak bernilai tinggi.
Laporan akhbar baru-baru ini, Hadi Awang memberitahu bahawa pertemuan antara PPBM dan PAS hanya bincang mengenai isu biasa sahaja, tiada kaitan dengan kerjasama PRU. Jelas sekali PPBM sebenarnya sudah menyampaikan mesej iaitu bahawa mereka sudah tidak mempunyai minat yang besar untuk bincang mengenai kerjasama dengan PAS. Selepas itu Hadi Awang mungkin sudah dapat menghidunya, maka nadanya juga sudah berubah dan lembut.
Beliau berkata “Kami bersikap terbuka dan sedia untuk berbincang dengan mana-mana parti dalam negara”. Sikap Hadi Awang sudah tidak lagi begitu tegas, mungkin ada kaitannya dengan perkembangan politik semasa. Berita baru-baru ini merujuk kepada Perhimpunan RUU 355 anjuran PAS, dalam mana UMNO belum memutuskan untuk menghadirinya dan akan berbincang mengenai perkara tersebut dalam mesyuarat MT UMNO pada 27 Januari ini.
Selama ini apabila berkaitan dengan isu agama Islam, UMNO sentiasa berdiri di sebelah PAS, tetapi apabila UMNO tiba-tiba sahaja berdolak-dalih, keadaan ini membuatkan Hadi Awang berasa tidak selesa dan dapat merasasakan ada sesuatu yang tidak kena. PAS bimbang akan akhirnya “bersendirian” kerana tidak mendapat sokongan UMNO dan pembangkang juga menutup pintu tidak mengalu-alukan mereka.
Dalam politik Malaysia, satu-satunya parti yang boleh bertempur sendiri dalam PRU tanpa memerlukan rakan parti lain hanyalah UMNO. PAS mahu menjadi seperti UMNO, tetapi mereka lupa kegemilangan parti itu dulu adalah atas sokongan DAP yang membantu dalam meraih undi Cina, tanpa bantuan DAP, PAS tidak mungkin mencapai keputusan yang baik.
Oleh yang demikian, jika PAS dan UMNO tidak bekerjasama maka PAS perlu menyertai pakatan pembangkang barulah dapat memainkan peranan yang besar. Ini adalah realiti politik yang sebenar. – Guang Ming Daily