PAS tidak terpengaruh dengan dedak, kata Hadi

Beliau menegaskan, PAS mampu meneruskan perjuangan dasar Islamnya tanpa mengamalkan politik wang dan ketirisan dana awam seperti yang didakwa dirintis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PAS tidak menentang individu. PAS menentang pendekatan, konsep dan dasar. Kalau orang diubah, dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan. Siapa yang ajar bagi dedak?

“PAS tidak terpengaruh dengan dedak. PAS boleh terus melangsungkan perjuangan, tiada politik wang, tiada politik BR1M, 1MDB, KWSP, Maica Holdings, Perwaja dan Tabung Haji. Itu adalah rantaian dari awal,” katanya.

Beliau mengulas pendedahan Mahathir yang mendakwa telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadi juga mengakui beliau ada menemui Mahathir mengenai salah laku Perdana Menteri itu, baru-baru ini.

“Betul, dalam masa dua tiga bulan lepas,” jelasnya.

Ditanya tentang tindakan Mahathir yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap calon Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau hanya menyifatkan itu perkara kecil.

“Dia pernah jadi Perdana Menteri, kita pernah lawan dia ketika dia tak jadi Perdana Menteri, perkara kecil, bukan besar,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri