PAS tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang adalah berpunca daripada kewujudan parti-parti baru seperti PPBM dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang ingin bertanding di kerusi tradisi PAS.

“Serangan beliau sering dihala kepada PAS. Namun mereka cuba bersembunyi disebalik tohmahan yang mereka cipta kononnya PAS akan bergabung dengan UMNO dan memenangkan UMNO melalui pertandingan 3 atau 4 penjuru,” kata ahli Parlimen Temerloh itu.

“PAS tidak akan pernah berganjak dari pendiriannya. Sejak dulu kita konsisten menentang kemungkaran politik dan ekonomi negara tanpa mengira dari blok mana kemungkaran itu berlaku.

“Saban kali pilihanraya umum menyaksikan PAS menentang UMNO samada diperingkat Parlimen mahupun DUN. Satu lawan satu. Malangnya sehingga kini beberapa parti lain seperti PAN membuat pengisytiharan bahawa mereka akan bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PAS.

“Maka inilah yang akan membuatkan berlakunya 3/4 penjuru. Kenapa mereka nak salahkan PAS? PAS akan pertahankan kerusi kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nasrudin, sekiranya parti-parti pembangkang yang lain mahu memastikan pertandingan satu lawan satu dengan UMNO, mereka seharusnya membahagikan kerusi dikalangan komponan Pakatan Harapan tanpa mengganggu kerusi PAS.

Bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila mereka gagal membahagikan kerusi sesama mereka dan kemudiannya menghalakan serangan ke atas PAS untuk menutup kelemahan mereka itu.

“Tun Mahathir belum puas dengan gaya kepimpinan diktatornya. Kini beliau mahu menguasai PH. Memang beliau boleh menguasai PH dan PH dilihat sangat perlukan orang seperti Tun Mahathir untuk kekalkan survival politik mereka. Tetapi tidak PAS.

“PAS tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan PAS tetapi gerun dengan keupayaan PAS.

“Target utama Tun Mahathir bukan untuk mengalahkan UMNO tetapi sasaran utama beliau ialah PAS. Hasil dendam dan keangkuhan beliau yang gagal menundukkan PAS agar menurut kemahuannya menyebabkan beliau meletakkan PAS sebagai musuh utama,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri