PAS teliti gesaan tamat kerjasama dengan PKR

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beliau masih belum menerima laporan mengenai gesaan sayap parti itu yang mahukan kerjasama dengan PKR ditamatkan.

“Kami akan teliti terlebih dulu usul yang dikemukakan dan kita akan lihat perkembangan seterusnya,” katanya ketika dItemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini.

Semalam, Dewan Muslimat PAS yang bersidang mengemukakan usul kepada pucuk pimpinan parti itu supaya mengkaji balik kerjasama dengan PKR.

Gesaan itu dibuat ekoran tindakan PKR yang bukan saja dilihat tidak menghormati PAS, malah, turut bersekongkol menyokong parti serpihan iaitu, Parti Amanah Negara (PAN).

Sementara itu mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) pindaan enakmen jenayah syariah mendapat kritikan DAP yang turut mendakwa PAS bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN).

Abdul Hadi berkata, politik tidak hanya sekadar di Parlimen, sebaliknya melalui perbincangan dan sebagainya demi kepentingan Islam.

Beliau berkata, DAP tidak sepatutnya mencampuris urusan berkenaan kerana RUU berkenaan hanya untuk memperkasan Mahkamah Syariah dan hanya dikuatkuaskan terhadap umat Islam.

“Ini berkait dengan naik taraf Mahkamah Syariah dan ini ada di tiap-tiap negeri.

Bila kita mencapai kemerdekaan, sudah diterima dalam perlembagaan bahawa Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain bebas.

“Tiba-tiba agama Islam tidak bebas. Ini tak betul, bertentanan dalam Perlembagaan dan ini perlu dibetulkan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri