“Tidak benar, tidak benar,” demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menafikan dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dakwaan itu dibuat pada Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu.
Ditanya sama ada dakwaan Dr Mahathir itu adil, Abdul Hadi berkata: “Terpulanglah pada dia.”
Beliau bagaimanapun mengakui, PAS menyokong sesetengah ideologi UMNO.
“Ya, memang ada beberapa perkara yang kami sokong, tetapi kami tak boleh sokong kesemuanya,” katanya.
Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun tidak memberi maklum balas apabila ditanya sama ada PAS akan menyertai Pakatan Harapan. – mStar Online.