PAS saman Sarawak Report

Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menegaskan berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan UMNO.

“Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM9O juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan UMNO.

“Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, tindakan laman web itu menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Sabtu lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri