PAS, PKR dan PPBM perlu bekerjasama tumbangkan UMNO, BN – Muhyiddin

Beliau mendakwa mendapat pernyataan mengenai komitmen itu ketika menghadiri sebuah majlis politik yang diadakan di Kemaman, Terengganu, beberapa hari lalu.

Dakwanya, walaupun belum dapat bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil pemimpin PAS itu menunjukkan tanda yang positif.

“Baru-baru ini, ketika saya menghadiri satu majlis di Kemaman, Terengganu, saya sempat berjumpa dengan beberapa pimpinan PAS dan satu pernyataan secara terbuka (yang didakwa dibuat oleh PAS) yang tidak mendapat laporan oleh media.

“PAS bersedia tumbangkan UMNO dan BN. Mereka kata tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan BN. PAS, PKR dan PPBM perlu bekerjasama dalam hal ini,” dakwanya ketika berucap pada Program Bicara Rakyat Bersatu di Kampung Sungai Terap, di Muar pada Jumaat, memetik laporan BH Online.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri