Dalam kempennya kepada Parti Amanah Negara (PAN) di Sungai Besar pagi tadi, bekas Perdana Menteri itu menuduh PAS menerima ‘dedak’ dari UMNO.
Beliau mendakwa PAS yang kini berseorangan dilihat cuba merapati UMNO dan seterusnya akan melamar parti yang dipimpin Najib.
Seperti biasa juga, Dr Mahathir tetap konsisten menolak hukum Islam yang diperjuangkan PAS iaitu Hudud yang dianggapnya tidak adil.
“PAS kesorangan sebab itu hendak dapatkan sokongan Najib khususnya, dia (PAS) tidak akan serang Najib.
“PAS sudah tinggal separuh tidak percaya (Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang). Hadi lamar UMNO akan dapat banyak nikmat mungkin seperti ‘dedak’.
“Rang Undang-undang (RUU) itu bukan hudud, Itu hudud PAS. Dalam Islam mengutamakan keadilan, bila hukum dengan adil. Tapi hudud PAS asingkan Islam dengan bukan Islam, ” katanya ketika berkempen di Sekinchan.
Dr Mahathir berkata, sukar untuk melaksanakan hukum Islam itu di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.
Sementara itu, Dr Mahathir yang sememangnya ingin melihat Najib berundur dan menyifatkan pentadbiran Malaysia kini tidak demokratik.