PAS harap gabenor BNM tegas dalam isu 1MDB

Tuan Ibrahim berkata, tugas besar menanti Muhammad atas pelantikan itu selain beliau juga turut menjadi fokus rakyat bagi melihat perjalanan 1MDB yang masih bergelut dengan pelbagai isu yang sentiasa muncul.

“Sebagai Timbalan Gabenor yang paling senior di bawah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, PAS percaya beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan berkesan dan membetulkan perjalanan kewangan negara agar menepati kehendak syarak,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Muhammad, 56, yang kini Timbalan Gabenor dilantik mengetuai BNM selama tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2016.

Beliau merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010 lalu dan merupakan lulusan dari Universiti Havard, Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan itu, Tuan Ibrahim mengucapkan tahniah dan takziah kepada Zeti yang telah berkhidmat selama 16 tahun dan akan bersara pada hujung bulan ini.

“PAS juga tahu tidak mudah bagi pelantikan Muhammad sebagai Gabenor BNM berlaku jika Zeti tidak mendesak dan mendesak kerajaan dengan pelbagai peringatan melalui media bahawa pelantikan Gabenor BNM mestilah bukan dari kalangan ahli politik.

“Selamat bersara bagi Zeti dan selamat bertugas bagi Muhammad. Semoga kalian sentiasa dalam bimbingan Ilahi,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri