PAS akan saman Sarawak Report

Beliau berkata, proses tersebut diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Lujnah Guaman parti.

“Proses untuk menyaman Sarawak Report sedang berjalan sekarang termasuk untuk melantik peguam (di London),” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Muslimah Antarabangsa Kelantan di Kota Bharu, Isnin.

Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di London itu mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, sekaligus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut. – Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri